20 JUN 2016
Gambar hiasan.
KATHMANDU - NEPAL. Polis Nepal berkata, seramai 36 doktor palsu ditahan kerana memiliki kelayakan dan sijil pendidikan palsu dalam operasi yang dijalankan di seluruh negara, lapor AP.
Biro Siasatan Pusat, Dibesh Lohani berkata, mereka yang ditahan itu bekerja di hospital terkenal, klinik kesihatan dan sekolah perubatan.
Mereka ditahan sejak tiga hari lalu dan akan didakwa atas tuduhan pemalsuan dan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.
Dibesh berkata, ramai disyaki bekerja sebagai doktor dengan kelayakan palsu dan operasi akan diteruskan."
'via Blog this'