GAN TIAN KEE (empat dari kanan) bersama pegawai-pegawainya menunjukkan senjata yang dirampas daripada kumpulan kongsi gelap, Geng 36 di Ipoh, Perak, semalam. Utusan/Kamal Basir Wahab
IPOH 2 Nov. - Polis berjaya melumpuhkan 12 daripada 32 kumpulan kongsi gelap yang telah dikenal pasti di negeri ini setakat ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata, terbaharu sebanyak 12 daripada 20 ahli kumpulan kongsi gelap Geng 36 ditahan secara berperingkat-peringkat mulai kelmarin kerana menyerang tujuh individu menggunakan senjata tajam sehingga mendatangkan kecederaan dalam kejadian di Kampung Pisang, Chemor empat hari lalu.
Menurutnya, semua suspek berusia antara 21 hingga 36 tahun itu ditahan dalam Op Cantas Khas 2 di sekitar Chemor selepas menyerang mangsa yang didakwa memasuki kawasan mereka.
Katanya, tiga daripada yang ditahan itu mempunyai rekod kesalahan jenayah termasuk mendatangkan kecederaan parah, melanggar perintah sekatan serta menceroboh di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
“Kejadian berlaku ketika kesemua mangsa yang berusia antara 21 hingga 24 tahun itu sedang berada di sebuah kawasan lapang pada pukul 2 pagi sebelum diserang oleh suspek berkenaan.
“Mereka bagaimanapun melarikan diri apabila kereta peronda polis tiba di tempat kejadian. Mangsa yang cedera telah mendapat rawatan di hospital,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Menurut Tian Kee, ekoran tangkapan itu, polis merampas 13 senjata tajam pelbagai saiz termasuk parang, kerambit dan pisau serta dua buah motosikal.
Kata beliau, pihaknya akan menjejaki saki-baki suspek untuk didakwa.
Tambahnya, kesemua suspek telah direman selama empat hari bagi melengkapkan siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh dengan senjata) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” kata beliau.
شركة تنظيف منازل بالاحساء
ReplyDeleteشركة تنظيف بالاحساء
شركة تنظيف شقق بالاحساء
شركة تنظيف مجالس بالاحساء