Oleh MUSTAPA LAKAWA
RANAU – Kekecohan mengenai kehilangan seorang pendaki warga Singapura di Gunung Kinabalu sejak kelmarin akhirnya terjawab selepas jasadnya ditemui di dalam gaung dekat Pondok Sayat-Sayat di sini semalam.
Mangsa Woon Tai Kiang ditemui di dalam gaung sedalam kira-kira 150 meter dipercayai selepas terjatuh ketika menjalani latihan untuk acara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah memaklumkan, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai telah meninggal dunia.
Katanya, maklumat mengenai kehilangan mangsa disedari selepas pendaki itu gagal sampai ke CheckPoint di Timpohon.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4Lyby5Ph7
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment