keadaan Mitsubishi Triton yang remuk selepas melambung ke tebing akibat dirempuh sebuah lori di Kilometer 21.9 Lebuhraya Elite dekat Kuala Langat menghala ke Shah Alam semalam.
KUALA LANGAT – Tiga lelaki yang sedang menukar tayar kenderaan pacuan empat roda akibat pancit maut dirempuh sebuah lori di Kilometer 21.9 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil menghala ke Shah Alam dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, pemilik kenderaan Mitsubishi Triton, Leong Chee Keong, 49, serta dua pekerja warganegara Bangladesh, masing-masing berusia lingkungan 30-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Rempuhan tersebut menyebabkan kenderaan pacuan empat roda berkenaan melambung ke tebing manakala ketiga-tiga mangsa bergelimpangan di tepi lebuh raya tersebut.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz4Jo3ovqPB
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment