TOKYO – Seramai 15 orang termasuk seorang bayi perempuan berumur setahun cedera dalam serangan bom api di sebuah festival perarakan di Tokyo, kata beberapa pegawai semalam.
Pihak polis dan bomba berkata, beberapa buah bom api dilontarkan dari sebuah bangunan apartmen berdekatan apabila perarakan itu melintasi sebuah kejiranan sunyi petang kelmarin.
“Anggota-anggota bomba kemudian menemui seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an menggantung dirinya di dalam apartmen di mana bom petrol ini dilontar,” kata pihak berkuasa.
Seorang jiran lelaki itu memberitahu stesen televisyen tempatan, Fuji TV bahawa dia murung selepas kehilangan isterinya pada tahun lalu. Lelaki itu juga berkata, bunyi bising daripada perarakan tersebut amat mengganggunya.
Menurut media tempatan, bom api itu dibuat daripada botol kaca yang dilekatkan dengan sebuah balang gas.
“Kebanyakan mangsa melecur tetapi keadaan mereka tidak kritikal,” kata seorang pegawai bomba.
– AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0809&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4Gp8WAgax
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment