JENAYAH RABU, 10 OGOS 2016 @ 7:56 AM
Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@bh.com.my
Anggota PPM Sandakan memeriksa senjata dan pelbagai barangan yang dirampas daripada lima suspek di Pulau Bankuruan, di Beluran. - Foto ihsan PPM Sandakan
BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan lima individu termasuk seorang wanita Pala'u susulan penemuan sepucuk pistol selain peralatan mengebom ikan dalam pemeriksaan di sebuah pondok di Pulau Bankuruan, di sini, semalam. Semua suspek berusia 16 hingga 60 tahun itu ditahan sepasukan anggota menggunakan bot ronda kira-kira jam 11.45 pagi.
Pemeriksaan menemui lapan botol berisi baja ammonia disorok dalam semak dipercayai digunakan untuk aktiviti mengebom ikan dan sepucuk pistol jenis Colt 45 yang disimpan dalam kasut getah dan ditimbus pasir. Turut dirampas adalah dua kelopak peluru dan tujuh butir peluru hidup selain wang tunai RM4,492.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun, berkata semua suspek dan rampasan dibawa ke markas operasi untuk siasatan lanjut mengikut Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971. "Kita tidak akan bertolak ansur ke atas mana-mana individu yang melakukan jenayah termasuk aktiviti pengeboman ikan," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/181624

No comments:
Post a Comment