WARTAWAN SINAR HARIAN
30 OGOS 2016
KUALA KRAI - Pekerja kilang getah maut kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja di KM 64 Jalan Kota Bharu, Gua Musang 8 pagi tadi.
Mangsa, Muammar Gaddafi Rusdi,22, cedera teruk di kepala dan dada meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu pacuan empat roda terlibat kemalangan dengan mangsa tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, siasatan awal, lebih kurang 8 pagi,mangsa dari memandu kereta jenis Proton Wira dari arah Gua Musang menghala ke Kota Bharu.
"Tiba di KM 64 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan.
"Kereta dipandu mangsa kemudiannya melanggar pacuan empat roda,"katanya.
Abdullah berkata,kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.
Siasatan lanjut kejadian masih diteruskan.
No comments:
Post a Comment