JOHOR BAHRU – Seorang cucu cedera parah selepas datuknya tertembak kanak-kanak berusia 10 tahun itu dengan senapang patah yang disangka seekor kera dalam kejadian di sebuah kebun dekat Kampung Mawai, Kota Tinggi dekat di sini semalam.
Insiden yang berlaku pada pukul 9.10 pagi itu, ketika pengadu yang juga warga emas berusia 79 tahun berkenaan berada di kebunnya untuk membuat pemantauan dengan membawa senjata api miliknya.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, ketika kejadian datuk mangsa telah ternampak satu objek yang bergerak yang disangka seekor kera.
“Ekoran itu, datuk mangsa telah melepaskan satu das tembakan menggunakan peluru penabur dan sebaik tembakan dilepaskan pengadu terdengar suara menjerit kesakitan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz4ItlIXtdF
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment