Polis mengawal keadaan di hadapan sebuah bangunan komersial di pusat bandar Kaherah yang terbakar. - AFP
KAHERAH 10 Mei - Sekurang-kurangnya 81 orang termasuk beberapa anggota bomba cedera apabila sebuah bangunan komersial di pusat bandar Kaherah terbakar, kata pihak berkuasa Mesir.
Menurut polis, kebakaran yang berlaku hampir semalaman itu bermula di sebuah hotel kecil di kawasan kejiranan Al-Mosky, tidak jauh daripada Masjid Al-Azhar sebelum merebak dengan cepat ke beberapa premis berhampiran.
Antara premis tersebut termasuklah beberapa gudang yang mengandungi barang plastik. Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran itu masih belum diketahui setakat ini.- AFP
No comments:
Post a Comment