04/04/2016 6:09pm
NILAI - Seorang lelaki cedera parah selepas lori tiga tan dipandunya dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah treler membawa muatan besi yang sedang bergerak di Kilometer 44.6 Lebuhraya Elite arah Seremban di sini petang tadi.
Dalam kejadian pukul 2.11 petang itu, mangsa, Vinsen Ingnatius Joseph, 23, cedera parah di kaki kanan dan tangan kiri akibat tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II, Baharin Ayob Ghazally berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.12 petang.
"Pasukan penyelamat mengambil masa tiga minit untuk mengeluarkan mangsa.
"Vinsen dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut," katanya di sini hari ini. K! ONLINE
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz44rCyAtlw
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment