Search This Blog

Saturday, February 13, 2016

Suspek langgar peronda polis


SULAIMAN (kiri) menunjukkan barang rampasan daripada dua suspek yang ditahan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah JBS, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Dua lelaki yang menaiki kereta Honda City sanggup melanggar sebuah kenderaan peronda polis bagi menghalang pihak berkuasa menahan sebuah lagi kereta Proton Waja dipercayai dinaiki rakan mereka di Lebuh Raya Pasir Gudang dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, dua suspek yang dikehendaki berhubung kes dadah dan samun berusia 22 dan 29 tahun berjaya diberkas namun beberapa rakan mereka yang menaiki kereta Proton Waja dapat meloloskan diri.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, sebelum kejadian, beberapa suspek berkenaan telah memecah masuk sebuah kedai peralatan elektronik di Taman Setia Indah di sini sebelum melarikan diri menggunakan Proton Waja.
“Sejurus menerima laporan kes pecah masuk itu, empat buah kenderaan peronda polis diarahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan Ops Tutup sebelum mengesan sebuah kereta Proton Waja di Lebuh Raya Pasir Gudang.

No comments:

Post a Comment