DUA senapang angin yang dirampas daripada dua lelaki tempatan dalam serbuan di Kodiang, Jitra semalam.
JITRA – Penahanan dua rakan di sebuah pondok di Felda Guar Napai, Kodiang dekat sini kelmarin berjaya membawa kepada penemuan dua laras senapang angin dan dadah jenis ganja seberat 566 gram dianggarkan bernilai RM700.
Serbuan kira-kira pukul 6.30 petang itu dilakukan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu dan anggota risik Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kubang Badak, Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abdul Rahim Abdullah memberitahu, lelaki tempatan berusia 44 dan 21 tahun kemudian diperiksa tetapi polis tidak menemui apa-apa yang mencurigakan.
“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut menemui selaras senapang angin buatan sendiri berwarna coklat sepanjang kira-kira 1.2 meter di sebelah kiri pintu pondok tersebut.
“Pemeriksaan seterusnya menemui sebuah beg berisi ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja disembunyikan di dalam sebuah baldi yang diletakkan di dalam satu takungan air diperbuat daripada simen,” ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz401BXGeug
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment