Search This Blog

Saturday, February 13, 2016

Sepatutnya mengawan, tapi kena baham

13 FEBRUARI 2016


SACRAMENTO - AMERIKA SYARIKAT. Seekor harimau betina yang diperkenalkan kepada seekor harimau jantan untuk tujuan mengawan mati dibaham, kelmarin.
Menurut laporan Sacramento Local, harimau betina tersebut, Baha yang berusia 15 tahun diserang harimau jantan, Mohan sejurus dimasukkan ke dalam kandang yang sama.
Sepatutnya mengawan, tapi kena baham
Gambar hiasan
Kejadian tersebut yang berlaku di Zoo Sacramento jelas mengejutkan ahli veterinar yang bergegas menyelamatkan Baha namun gagal.
Rancangan mengawan tersebut dirancang oleh Pertubuhan Zoo dan Akuarium Kebangsaan
.

No comments:

Post a Comment