Lelaki berusia 22 tahun itu menemukan rangka tersebut pukul 10 pagi ketika hendak memasang kabel di kawasan tersebut sebelum memaklumkan kepada polis.
Difahamkan, mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tersebut.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, kontraktor berkenaan terhidu bau busuk dan menemui satu bungkusan plastik hitam dalam parit kecil ketika membuat pemeriksaan laluan kabel di kawasan itu,.
“Pengadu ternampak rahang dan gigi mayat sebelum menghubungi polis. Siasatan awal mendapati mangsa adalah lelaki dewasa dan hanya berseluar pendek.
“Rangka itu dalam keadaan bersila terikat dengan tali nilon merah terus ke bahagian leher. Tiada barang berkaitan ditemui bersama mangsa dan identitinya belum dapat dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.