12 FEBRUARI 2016
BHOPAL - INDIA. Seorang wanita yang membawa tiga orang anaknya dan cebisan kemaluan lelaki ke balai polis semalam bakal disiasat.
Menurut Times of India, wanita tersebut mendakwa beliau dirogol berulang kali oleh abang iparnya.
Wanita berkenaan juga mengaku memotong kemaluan abang iparnya menggunakan sabit.
Gambar hiasan. |
Menurut jurucakap polis, wanita berkenaan kini ditahan dan disiasat atas dakwaan cubaan membunuh.
Difahamkan, suami wanita berkenaan dilaporkan bekerja di Nashik yang terletak jauh dari lokasi kejadian
.
No comments:
Post a Comment