Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abd. Rahim Abdullah berkata, kedua-dua lelaki ber­kenaan yang berusia 44 dan 21 tahun diberkas setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan di sebuah pondok di Felda Guar Napai, Kodiang kira-kira pukul 6.30 petang.
“Pemeriksaan fizikal ke atas suspek tidak menemukan apa-apa barang salah. Pemeriksaan sete­rusnya di sebelah kiri pintu pondok berkenaan menemukan satu laras senapang angin buatan sendiri.
“Polis turut menemukan satu ketulan mampat tumbuhan ke­ring disyaki ganja seberat 566 gram yang dianggarkan bernilai RM700,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.
Menurut Ab. Rahim, penahanan suspek membawa kepada penemuan satu laras senapang angin bersarung hitam berjenama Steven Air Rifle Automatic berwarna coklat yang disembunyikan di belakang sofa bahagian ruang tamu di rumah salah seorang suspek di felda berkenaan.
“Kedua-dua suspek yang positif ujian dadah itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek direman sehingga 18 Februari,” katanya.