Search This Blog

Saturday, February 13, 2016

Pembunuh masih di Pulau Mutiara



ANGGOTA polis memeriksa kenderaan yang dipandu oleh Allahyarham Syed Amen (gambar kecil) yang maut ditembak di Jalan Dato Keramat, George Town kelmarin.


GEORGE TOWN – Polis negeri ini mengesahkan pembunuh tauke restoran nasi kandar Original Line Clear kelmarin masih berkeliaran di negeri ini dan akan dapat ditangkap dalam masa terdekat.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, dua lelaki bermotosikal didapati terbabit dalam serangan ke atas Syed Amen Jainul Abidin yang berlaku di Jalan Datuk Keramat, George Town awal pagi kelmarin.
“Mereka me­nunggang motosikal dan berhenti berhampiran kereta mangsa sebelum pemboncengnya turun dan melepaskan tembakan. Penembak itu dalam lingkungan umur lewat 20-an dan berkulit putih manakala penunggang motosikal berkulit gelap. Mereka masih bersembunyi di Pulau Pinang dan kita yakin dapat menangkap mereka,” katanya kepada Kos­mo! ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau memberitahu, kedua-dua suspek ketika itu didapati memakai baju-T, berseluar panjang serta menggunakan topi keledar berpenutup penuh.
Dalam pada itu, Mior Faridalathrash menegaskan, kes pembunuhan Syed Amen, 46, tiada kaitan dengan isu perbalahan bisnes yang tercetus membabitkan empat pewaris restoran Nasi Kandar Line Clear (NKLC) di Jalan Penang di sini.

No comments:

Post a Comment