Search This Blog

Saturday, February 13, 2016

Pemandu maut, 2 cedera kereta terbabas langgar pokok

Kemalangan

12 FEBRUARI 2016
KLANG - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang pokok yang berada di tepi jalan Datuk Mohd Sidin di sini, pagi tadi.
Dalam kemalangan 4.15 pagi itu, pemandu kereta bernombor pendaftaran JNJ 2481, Lim Sheng Yiap, 24, yang bekerja sendiri, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di seluruh anggota badan.
Sementara itu dua lagi penumpang lelaki kereta tersebut, Lim Kian Fong, 21, patah tangan kiri serta tulang belakang dan Yeong Ti Sem, 23, mengalami kecederaan dalaman.
Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata kereta yang dipandu mangsa dari arah Jalan Batu Tiga Lama menghala ke Kampung Jawa dipercayai dipandu laju dan ketika melalui selekoh di Jalan Datuk Mohd Sidin, kereta itu hilang kawalan lalu terbabas serta melanggar sebatang pokok di bahu kiri jalan.
"Cuaca ketika kejadian adalah baik dan permukaan jalan kering. Tiada CCTV (kamera litar tertutup) berdekatan dengan kawasan kejadian dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Yusoff berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. - Bernam
a

No comments:

Post a Comment