Search This Blog

Saturday, February 13, 2016

Pemandu lori tangki temui ajal


LORI tangki yang dipandu Asrul Sani terbabas sebelum terbalik ke bahu jalan di Batu 10 Jalan Raya Timur Barat di Jeli semalam.


JELI – Seorang pemandu lori tangki maut selepas kenderaan yang membawa muatan 36,000 liter susu getah cair terbabas sebelum terbalik ke bahu jalan di Batu 10 Jalan Raya Timur Barat di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi, Asrul Sani Md. Noor (gambar kecil), 53, maut di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduknya.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd. Yusoff Jaafar berkata, mangsa yang beralamat di Taman Intan, Sungai Petani, Kedah dalam perjalanan dari arah Gerik menuju ke Jeli.
“Setibanya di satu selekoh di tempat kejadian, lori tangki terbabit hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan mengakibatkan pemandunya tersepit.
“Anggota bomba turut membantu mengeluarkan mayat mangsa selain sepasukan sembilan anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) bomba turut dipanggil ke tempat kejadian berikutan bahan kimia yang dicampur bersama susu getah cair itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz401BhcP6R 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment