Search This Blog

Saturday, February 13, 2016

Pemandu lori tangki maut lori susu getah terbabas



JELI - Malang menimpa seorang pemandu lori tangki, apabila mangsa maut selepas kenderaan yang membawa muatan 36,000 liter susu getah cair terbabas sebelum terbalik ke bahu jalan di Batu 10 Jalan Raya Timur Barat, Gerik ke Jeli di sini pagi tadi.
Pemandu lori tangki maut lori susu getah terbabas
Lori yang dibawa mangsa terbalik di kawasan hutan selepas terbabas dalam kejadian pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, mangsa, Asrul Sani Md. Noor, 53, maut  di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduknya.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd. Yusoff Jaafar berkata, mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dalam perjalanan dari Gerik menujuk ke Jeli.
"Ketika mangsa tiba di satu selekoh di tempat kejadian, lori tangki terbabit hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan mengakibatkan pemandunya tersepit.
"Anggota bomba turut membantu mengeluarkan mayat mangsa disamping bantuan sepasukan anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) bomba turut dipanggil ke tempat kejadian berikutan bahan kimia yang dicampur bersama susu getah cair itu," katanya ketika dihubungi.‎
Mohd. Yusoff berkata, setakat ini pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian.

No comments:

Post a Comment