Nibong Tebal: Seorang lelaki sempat keluar dari keretanya yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 150, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, Bukit Tambun, di sini, pagi tadi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113462#sthash.hSF14EeQ.dpuf
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, Proton Persona dipandu lelaki terbabit merempuh sebuah Proton Saga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supritendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pemandu Ptoton Persona itu kemudian memberhentikan keretanya di lorong kecemasan.
Menurutnya, tidak lama selepas berhenti, kereta terbabit terbakar namun pemandunya sempat berlari keluar.
"Anggota bomba kemudian memadam kebakaran dan kedua-dua pemandu terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.
"Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 2:39 PM
No comments:
Post a Comment