Search This Blog

Saturday, February 13, 2016

Mesin judi RM3.5 juta dilupus


Mohamad Roy menghayun penukul sebagai gimik selepas sidang akhbar pelupusan barang kes komputer perjudian di IPD Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,261 mesin judi permainan simulator dan komputer bernilai RM3.5 juta dilupuskan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Wang Maju di pekarangan Balai Polis Pudu di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, proses pelupusan mesin judi itu melibatkan 275 serbuan sepanjang tahun lalu dan 192 serbuan pada 2014.
“Kita telah mendapat kebenaran untuk pelupusan daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur setelah ke­semua pesalah berjaya didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman.
“Kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi sering menjadi tumpuan sindiket-sindiket menawarkan ke­giatan perjudian haram, misalnya di Wangsa Maju dan Setapak,” katanya pada sidang akhbar Pelupusan Barang Perjudian IPD Daerah Wangsa Maju semalam.
Menurutnya, bagi tempoh tersebut, seramai 855 individu berjaya ditahan dan wang tunai bernilai RM55,000 turut dirampas.

No comments:

Post a Comment