Search This Blog

Saturday, February 13, 2016

Mengamuk selepas teman lelaki kantoi curang

12 FEBRUARI 2016
LIMA - PERU. Seorang wanita bertindak memecahkan cermin kereta milik teman lelakinya yang dilihat bersama dengan wanita lain.
Menerusi rakaman yang dimuatnaik ke Youtube kelmarin, wanita terbabit memanjat kereta mangsa dan memijak-mijak cermin hadapan kereta.
Selain dikerumuni orang ramai yang 'geli hati' dengan tindakan wanita terbabit, kejadian tersebut juga menyebabkan kesesakan trafik yang teruk.
Mangsa dan rakan wanitanya yang masih berada dalam kereta cuba melarikan diri namun tersekat akibat kesesakan lalu lintas, selain wanita terbabit masih berada atas kereta mangsa.
Mengamuk selepas teman lelaki curang kantoi
Sedutan rakaman yang dimuatnaik ke Youtube
Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri walaupun dengan cermin kereta yang remuk.
Rakaman tersebut menarik kecaman terhadap tindakan wanita terbabit yang membahayakan orang ramai di atas jalan raya
.

No comments:

Post a Comment