Search This Blog

Saturday, February 13, 2016

Mahkamah khas dadah diwujudkan


AHMAD ZAHID (kiri) yang diiringi Alwi (kanan) tiba untuk menghadiri sesi Pencambahan Pemikiran Mengenai Permasalahan Dadah di Melaka semalam.


MELAKA – Sebuah mahkamah khas bagi membicarakan kes berkaitan dadah akan diwujudkan secara berperingkat di seluruh negara, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ia berikutan permintaan daripada badan bukan kerajaan (NGO), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia yang terkilan ekoran terdapat kes reman yang tidak dapat diselesaikan perbica­raannya di mahkamah.
Ini sekali gus menjadikan kes tertunggak cukup banyak, katanya.
“Oleh sebab itu, pencambahan pemikiran yang dilakukan oleh AADK telah mendapat desakan-desakan supaya mahkamah khas untuk tangani kes-kes dadah ini diwujudkan,” kata­nya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz401BJgBwW 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment