Search This Blog

Saturday, February 13, 2016

Lelaki cedera ambulans langgar penghadang

Seorang Penolong Pegawai Perubatan Hospital Langkawi cedera manakala dua rakannya terselamat apabila ambulans yang mereka dinaiki terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum terbalik dalam kemalangan di Jalan Bukit Malut di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.45 pagi, mangsa, Muhammad Mahfuz Ramli, 27, patah tulang selangka kiri sementara dua rakannya iaitu Pembantu Perawatan Kesihatan Muhamad Ridzuan Bakar, 31, dan pemandu, Mohd Zaharan Musa, 31, tidak cedera.
Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Langkawi Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh berkata, sebelum itu ambulans berkenaan dalam perjalanan ke Hospital Langkawi selepas dipanggil untuk memberi bantuan di kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba mangsa kemalangan terbabit dikatakan sudah dihantar ke hospital dengan menggunakan kenderaan lain.
“Ambulans yang tiada pesakit berkenaan dipandu dari arah Kuala Temoyong menghala ke Bukit Tekoh hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang jalan lalu terbalik,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Februari 2016 @ 6:41 AM


KEADAAN ambulans yang terbabas dan terbalik di Jalan Bukit Malut.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/114680#sthash.2HFsGOvP.dpuf

No comments:

Post a Comment