12 FEBRUARI 2016
CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Siapa sangka di dalam sebuah kereta terbiar selama tiga bulan di kawasan parkir yang sentiasa sibuk mengandungi mayat seorang wanita?
Namun akibat cermin gelap kereta berkenaan, orang ramai yang menggunakan parkir tersebut tidak mengesyaki apa-apa.
Mayat Lauren Jessie Moss, 22, akhirnya ditemui awal bulan ini oleh pekerja sebuah pasaraya.
(Gambar kecil) Lauren Jessie Moss |
Punca kematian masih disiasat tetapi polis tidak menolak kemungkinan mangsa membunuh diri.
Selain mayat Lauren, polis juga menemui sebuah nota bunuh diri dan sebuah jarum penyuntik dadah di dalam kereta jenis Volkswagen Jetta tersebut.
No comments:
Post a Comment