kendall jenner
Dalam tuntutan saman yang difaillkan kelmarin, peguam-peguam yang mewakili Jenner membantah iklan rawatan Laser Genesis yang kini telah pun dipaparkan di New York menjelang minggu fesyen.
Iklan itu memaparkan Jenner, 20, memberitahu bahawa jerawat telah ‘merosakkan’ harga dirinya dan kulitnya yang ‘hampir mulus’ merupakan hasil kunjungan ke pakar kulit untuk rawatan Laser Genesis.
“Jika Jenner memberi keizinan kepada Cutera untuk menggunakan gambarnya, dia boleh menerima pulangan lumayan sehingga lapan angka,’’ jelas satu kenyataan daripada peguamnya.
Jenner dan Kendall Jenner Inc. yang mengemukakan saman di mahkamah persekutuan di sini mendakwa Cutera telah melanggar hak jenama, pengesahan palsu, dan mencabul hak publisiti.
Menurut kenyataan tersebut, ganti rugi terhadap Jenner boleh mencecah sehingga lapan angka.
Namun begitu, Cutera yang ber­ibu pejabat di Brisbane, California tidak memberi maklum balas terhadap kenyataan tersebut. – Reuters