Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat, sebanyak 20 orang daripada lima keluarga kini ditempatkan di Balai Raya Kampung Awat, Gemas.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Ledang Mohd Shahrizan Abd Aziz berkata keadaan banjir di daerah itu semakin surut dengan 59 mangsa masih berada di Sekolah Kebangsaan Sialang tengah hari ini berbanding 69 orang pagi tadi.
Kesemua mereka dari Kampung Seberang Gajah, Kampung Sialang Dalam dan Kampung Tanjong Laboh, katanya.
"Semua mangsa berada dalam keadaan selamat dan sihat, cuma seorang mangsa warga emas dirujuk ke Hospital Tangkak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan kerana mempunyai rekod sakit jantung namun beliau berada dalam keadaan sihat," katanya.
Mohd Shahrizan berkata semua agensi yang terlibat masih memantau keadaan memandangkan keadaan cuaca ketika ini mendung.
No comments:
Post a Comment