Beberapa penduduk melihat sebahagian daripada 41 buah motosikal dan tiga buah kereta yang musnah dalam kebakaran di bahagian bawah flat Blok B, Taman Jelutong Jaya, Lorong Perak, Pulau Pinang, semalam. Utusan/AZMAN ASMAYATIM
PULAU PINANG 12 Feb. – Sebanyak 41 motosikal serta tiga buah kereta yang diletakkan di bahagian bawah sebuah flat hangus terbakar pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi di Blok B, Taman Jelutong di sini, semua pemilik yang terlibat tidak sempat menyelamatkan kenderaan masing-masing kerana sedang tidur.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kebanyakan motosikal yang musnah ialah jenis Honda EX5, Yamaha LC dan Modenas Kriss manakala kereta pula membabitkan Proton Saga, Toyota Harier dan Camry.
“Api berjaya dipadamkan kira-kira setengah jam oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak dan polis akan menyiasat kes ini merangkumi pelbagai aspek termasuk jika wujud unsur khianat,” katanya di sini hari ini.
Mior Faridalathrash memberitahu, ketika ini pasukan forensik bomba sedang menjalankan siasatan berhubung punca kejadian.
No comments:
Post a Comment