Search This Blog

Saturday, February 13, 2016

38 motosikal musnah dalam kebakaran

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
12 FEBRUARI 2016

GEORGETOWN - Sebanyak 38 motosikal musnah dalam kebakaran di Taman Jelutong di sini awal pagi tadi.
38 motosikal musnah dalam kebakaran
Sebanyak 38 motosikal musnah dalam kebakaran di Taman Jelutong awal pagi tadi. (Kanan: Tiga kereta turut terbakar tetapi hanya 10 peratus musnah.)
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, tiga kereta yang diletakkan di bahagian bawah blok perumahan berkenaan turut terbakar namun hanya 10 peratus musnah.
Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.22 pagi tadi (semalam) di Blok B, Lorong Perak Taman Jelutong.
Seramai 14 anggota terlibat dalam operasi memadamkan api yang memusnahkan 100 peratus motosikal terbabit. Jenis kereta yang terlibat adalah Proton Saga, Toyota Camry dan Toyota Harrier.
"Kebakaran juga melibatkan sebuah stor berhampiran tempat kebakaran. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dan api berjaya dipadam pada jam 6.54 pagi," katanya.
Menurutnya, punca kebakaran belum dikenalpasti dan siasatan masih dijalankan
.

No comments:

Post a Comment