KOTA KINABALU - Seorang wanita maut apabila motosikal yang diboncengnya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Bantayan di sini, hari ini.
Dalam kejadian 7.45 pagi itu, Jolina John, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala suaminya yang menunggang motosikal itu cedera ringan.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila suaminya, yang berusia 28 tahun, melanggar bahagian kanan sebuah kereta yang memasuki simpang.
"Kereta dipandu wanita berusia 34 tahun itu memasuki simpang kanan, namun sebuah motosikal datang dari arah belakang kereta lalu melanggar bahagian kanan hadapan kereta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Chandra berkata, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernam
a