Search This Blog

Tuesday, January 12, 2016

Wanita maut dipijak gajah, anak cedera parah

SELASA, 12 JANUARI 2016 @ 2:40 PM


BANGKOK: Seorang penoreh getah maut dan anak lelakinya yang berusia dua tahun cedera parah selepas dipijak seekor gajah liar, menurut polis hari ini. Serangan gajah itu adalah yang kedua di kawasan berkenaan dalam tempoh beberapa bulan lalu. Mangsa, seorang wanita berusia 34 tahun, ditemui pada awal pagi semalam di atas jalan berdekatan ladang getah di timur Thailand. Polis berkata, mayat mangsa ditemui di sebelah motosikal dan anaknya yang cedera. "Dia mati serta merta di tempat kejadian, anak lelakinya patah kaki dan kini dirawat di hospital," kata Leftenan Polis, Pramote Kongnantha kepada AFP. Pegawai polis itu berkata, gajah berkenaan dipercayai dipindahkan ke kawasan taman negara berdekatan selepas insiden berkenaan. Penoreh getah mula bekerja pada awal pagi di kawasan jauh ke dalam hutan yang menjadi habitat gajah dan binatang liar lain. Sementara itu, pegawai taman di Khao Soi Dao, salah satu kawasan yang dilindungi di wilayah bersempadan dengan Kemboja berkata, masih tidak jelas sama ada gajah berkenaan adalah haiwan yang sama membunuh dua lelaki Thailand di ladang getah di wilayah berkenaan pada Oktober lalu. - AFP


 KUMPULAN gajah yang terdapat di taman gajah di Khao Soi Dao, Bangkok.  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113578

No comments:

Post a Comment