IPOH 7 Jan. - Seorang wanita maut dalam kebakaran selepas terperangkap di tingkat atas kediaman dua tingkat di Hala Bekor 2, Taman Bekor di sini awal pagi ini.
Dalam kebakaran kira-kira pukul 2 pagi itu, seorang lelaki dan seorang wanita yang turut mendiami rumah tersebut terselamat walaupun mengalami sesak nafas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam berkata, empat jentera bersama 20 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.06 pagi.
Katanya, operasi menyelamat yang dijalankan menemukan mangsa tertiarap tidak jauh dari katil manakala dua yang terselamat pula dijumpai dalam keadaan lemah di bahagian dapur rumah tersebut. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment