TUNIS - TUNISIA . Satu pertempuran ganas tercetus antara pasukan keselamatan dan kumpulan penunjuk perasaan yang berang dengan krisis ekonomi dan masalah pengangguran semakin serius di Tunisia.
Kelmarin, media tempatan melaporkan pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata selepas beberapa kumpulan protes bertindak membakar pondok polis selain cuba menggempur bangunan kerajaan di ibu negara dan beberapa bandar lain.
Tunjuk perasaan terbesar dilaporkan berlaku di luar pejabat kerajaan tempatan di Kasserine, di mana ia disertai ribuan penunjuk perasaan yang  turut melaungkan slogan "Kerja, Kebebasan, Maruah'.
Difahamkan, protes ganas kembali tercetus di Tunisia sejak awal minggu lalu selepas seorang lelaki membunuh dirinya kerana gagal mendapatkan kerja. 
Kebanyakan penduduk turut melahirkan kekecewaan mereka kerana kerajaan didakwa gagal menyelesaikan masalah sosial termasuk amalan rasuah selepas bekas Presiden Zine El Abidine Ben Ali digulingkan pada 2011.
Kadar pengangguran di negara itu mencecah 15.3 peratus pada akhir 2015 berbanding 12 peratus pada 2010 dan satu pertiga daripada golongan penganggur tersebut adalah siswazah. - Press T
V