SUSPEK
Dalam kejadian pada pukul 5.20 pagi itu, selain wanita terbabit, Azura Shima, 39, suspek yang berusia 40 tahun turut menikam anak tirinya, Basri Jamaluddin, 24.
Azura dilaporkan meninggal dunia ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan di klinik ladang selepas ditikam sebanyak lima kali di perut, dada dan tangan manakala Basri mening­gal dunia di tempat kejadian.
Basri ditikam sebanyak lima kali di dada, rusuk kiri dan betis.
Ketua Polis Daerah, Superintenden A. Sahak Rahmat berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian berlaku, mangsa dan anak-anaknya sedang tidur di bilik masing-masing.
“Salah seorang anak mangsa yang berusia 14 tahun terjaga dan melihat suspek berdiri di tepi katil tempat tidur mangsa.
“Anak mangsa melihat suspek menikam mangsa dan kemudiannya terus ke bilik pertama dan menikam salah seorang anak mangsa (Basri). Selepas itu, suspek dilihat terus keluar rumah dan melarikan diri,” katanya di sini.
A. Sahak berkata, anak mangsa yang melihat kejadian itu kemudiannya keluar meminta bantuan daripada jiran.
“Punca suspek menikam mang­sa dan anaknya adalah kerana suspek tidak berpuas hati dengan mang­sa. Menurut anak mangsa, suspek telah berjumpa dengan mangsa di rumah petang semalam untuk me­rujuk kembali perkahwinan.
“Namun mangsa tidak mahu dirujuk kerana suspek sering bergaduh dan memukulnya,” ujar beliau.
Katanya, pihak polis kini sedang giat memburu suspek dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.