Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

Tiga polis jadi penculik di Sabah



Di Pasar Ikan Lahad Datu inilah tempat mangsa culik berniaga ikan.


KOTA KINABALU – Harap­kan pegar, pegar makan padi. Demikian perbuatan tiga anggota polis yang ditangkap kerana terlibat menculik seorang wanita Filipina untuk mendapatkan wang tebusan berjumlah RM50,000 di Kampung Silam, Lahad Datu Ahad lalu.
Tiga anggota polis terbabit melibatkan dua berpangkat koperal dan seorang berpangkat konstabel.
Seorang koperal dan konstabel polis berkenaan bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu manakala seorang lagi koperal bertugas di Unit Kenderaan Polis Peronda di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.
Suspek keempat melibatkan orang awam yang bekerja sebagai pemandu kereta sapu di sekitar daerah Lahad Datu.
Keempat-empat suspek yang ditahan antara pukul 11.30 pagi hingga 4.30 petang kelmarin berusia 26 hingga 33 tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehuddin Abdul Rahman berkata, penahanan tiga anggota polis dan seorang awam itu ekoran laporan kes culik melibatkan seorang wanita warga Fi­lipina berketurunan Suluk pada Sabtu lalu.
Menurut beliau, mangsa berusia 44 tahun yang bekerja sebagai peniaga ikan di pasar pagi di Lahad Datu diculik di rumahnya di Kampung Silam pada pukul 10 malam oleh lelaki bersenjata dan bertopeng.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3x64b8HUf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment