Search This Blog

Saturday, January 23, 2016

5 maut insiden tembak di sekolah Kanada

 SABTU, 23 JANUARI 2016 @ 7:56 AM




 BANGUNAN Dene di La Loche Community School, Kanada. - Foto Reuters



OTTAWA: Lima maut dan dua lagi cedera parah selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah sekolah menengah di barat Kanada pada Jumaat, kata Perdana Menteri, Justin Trudeau. Suspek iaitu seorang pelajar di sekolah berkenaan kini dalam tahanan polis. Terdahulu, Royal Canadian Mounted Police (RCMP) mengesahkan pihaknya melancarkan tindakan terhadap 'keadaan serius' di La Loche Community School, kira-kira 600 kilometer dari tengah bandar Saskatoon. Dalam laman Facebook sekolah itu berkata, sekolah berkenaan 'sedang ditutup' selepas insiden dan memberi amaran orang awam supaya menjauhkan diri. "Terdapat keadaan kecemasan di Bangunan Dene dan kami meminta orang awam supaya menjauhkan diri sehingga ia diselesaikan oleh RCMP,' kata sekolah itu. "Sekolah rendah juga ditutup dan tidak akan dibuka sehingga kami dapat kepastian ia selamat daripada La Loche RCMP. "Kami tidak membenarkan sesiapa saja masuk atau keluar sehingga kami dapat gambaran sebenar apa yang berlaku." Media tempatan melaporkan, sekolah menengah Dene ialah untuk Gred 7-12, manakala sekolah Ducharrme ialah peringkat rendah. Pelajar Gred 10 La Loche, Noel Desjarlais berkata, dia mendengar beberapa das tembakan di sekolah itu. "Saya melarikan diri dari sekolah itu. Banyak jeritan kedengaran ada kira-kira enam, tujuh tembakan sebelum saya keluar. Saya percaya lebih banyak lagi tembakan sebaik saja dapat keluar," katanya. Sementara itu, Menteri Saskatchewan, Brad Wall berkata: "Kata-kata tidak dapat menggambarkan rasa terkejut saya dan sedih pada kejadian menyedihkan di La Loche." "Ingatan saya dan doa saya kepada semua mangsa, keluar mereka dan rakan serta semua anggota masyarakat," katanya. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117166

No comments:

Post a Comment