Jeddah: Jabatan Antidadah Arab Saudi menahan dua lelaki kerana menanam dan menjual ganja di apartmen mereka, di sini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106925#sthash.mcsYFCHL.dpuf
Satu sumber berkata, jabatan itu dengan kerjasama polis menyerbu dan menahan dua lelaki tempatan berkenaan.
“Jabatan itu menerima laporan mengenai tindakan dua lelaki yang menanam ganja di kediaman mereka.
“Jabatan berkenaan menghubungi polis yang menjalankan siasatan menyeluruh.
“Polis mengesan lokasi kediaman suspek dan mengepungnya,” kata sumber kepada akhbar Al-Madinah.
Menurutnya, kedua-dua lelaki itu ditangkap ketika berada di lokasi pokok ganja itu ditanam di rumah mereka.
“Lokasi itu dipenuhi dengan bau ganja. Kedua-dua suspek didakwa menanam dan menjual ganja.
“Kedua-dua suspek juga mengaku bersalah terhadap dua tuduhan berkenaan,” jelasnya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 10:20 AM
No comments:
Post a Comment