Search This Blog

Saturday, January 23, 2016

Tak mengaku tawar suapan RM10,000

Butterworth: Seorang buruh lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini, semalam, terhadap tuduhan menawar suapan RM10,000 kepada seorang anggota polis pada November tahun lalu.
Tertuduh, Lau Teck Siang, 26, mengangguk faham selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Julie Lack sebelum mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menawarkan suapan RM10,000 kepada seorang anggota polis Koperal Mohd Hafizul Rizuan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya.
Tertuduh dituduh berbuat demikian selepas ditahan kerana memiliki 3.1 gram dadah dipercayai syabu pada 12 November lalu, jam 4.30 pagi di Balai Polis Sungai Acheh, Seberang Prai Selatan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 7:14 AM


LAU dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109231#sthash.VCLbTtW4.dpuf

No comments:

Post a Comment