Hapzhan (kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang PATI yang ditahan bersama anaknya ketika cuba melarikan diri dalam Operasi Bersepadu kawasan ladang kelapa sawit, Kota Seriemas, Nilai semalam.
NILAI – Sepasang suami isteri pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia tergamak lari meninggalkan anak perempuan mereka seorang diri semata-mata mahu mengelak ditangkap penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan semalam.
Budak perempuan yang dikenali sebagai Tika, 5, hanya mampu menangis semasa ditahan pihak berkuasa ketika serbuan di sebuah rumah kongsi dalam ladang kelapa sawit dekat Kota Seriemas, Bandar Kota Sri Emas di sini kira-kira pukul 2 pagi.
Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, ibu kanak-kanak itu berjaya dicekup ketika bersembunyi di kawasan semak berhampiran penempatan tersebut. Suaminya pula dipercayai berjaya meloloskan diri dan gagal dikesan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3y1UNrNPL
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment