Search This Blog

Friday, January 8, 2016

Sorok duit rasuah dalam mesin basuh




AZAM menunjukkan contoh Dokumen Pemindahan Mineral berharga RM1 tetapi dijual antara RM150 hingga RM200 kepada pelombong bauksit sebagai jaminan yang mereka tidak akan dikenakan sebarang tindakan semasa operasi penguatkuasaan dijalankan.


KUANTAN – Empat pegawai Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin berhubung perbuatan mereka meminta dan menerima suapan daripada pelombong bauksit haram bernilai RM100,000 hingga RM200,000.
Dalam serbuan bermula pukul 6 petang hingga 9 malam di rumah masing-masing sekitar bandar ini, SPRM turut menemui sejumlah wang lebih RM100,000 yang tersimpan dalam sebuah mesin basuh di salah sebuah rumah suspek.
Kesemua yang ditahan berusia antara 30 hingga 38 tahun itu dipercayai terlibat dengan penjualan Dokumen Pemindahan Mineral (Borang 13D) dengan harga antara RM150 hingga RM200 kepada pelombong haram meskipun ia sebenarnya berharga RM1 sahaja.
Dengan menyimpan borang tersebut, para pemandu lori bauksit yang terlibat diberi jaminan perlindungan daripada tindakan penguatkuasaan setiap kali operasi dijalankan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3wbC0nNq7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment