Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

Serbu tiga premis judi

Kuala Lumpur: Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman menyerbu premis judi ala kasino dan dua premis perjudian dalam talian serta menahan 87 individu di Kuala Selangor, Selangor dan Jalan Loke Yew, di sini.
Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, 87 individu termasuk seorang suspek dikehendaki polis ditahan dalam tiga serbuan berasingan bermula 4.30 petang semalam hingga 8.30 pagi tadi.
"Polis merampas wang tunai lebih RM100,000, 16 komputer, lima mesin slot, sebuah mesin simulator, daun terup dan cip yang digunakan untuk tujuan perjudian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, semua suspek berusia 20 hingga 40 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4B(a) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen serta Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 1:50 PM


ANTARA premis yang diserbu
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107004#sthash.GJaHqcql.dpuf

No comments:

Post a Comment