Kejadian tersebut berlaku sejurus selepas pesawat Embraer E175 yang dalam perjalanan ke Alicante, Sepanyol berlepas dan menyebabkan satu enjin pesawat tidak berfungsi.
Daily Mirror melaporkan, pesawat itu kemudian terbang berlegar-legar selama 30 minit sebelum melakukan pendaratan kecemasan.
Semua penumpang dilaporkan selamat selepas pendaratan cemas dilakukan di Lapangan Terbang Southampton pada pukul 10 pagi waktu tempatan semalam.
Jurucakap Flybe dalam satu kenyataan berkata, penerbangan BE1715 berpatah balik selepas satu kejadian dikenali sebagai ‘serangan burung’.
“Pesawat mendarat dengan selamat, tidak ada sebarang kecederaan. Tindakan berpatah balik merupakan amalan biasa yang dilaksanakan oleh mana-mana pesawat ketika mengalami insiden sebegini.
“Pasukan kecemasan juga dile-takkan dalam keadaan berjaga-jaga ketika pesawat tersebut mendarat jika berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya.
Tambah kenyataan itu, pihaknya memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi dan keselamatan penumpang adalah menjadi keutamaan Flybe.
“Kejadian itu juga tidak menyebabkan penangguhan ke atas penerbangan lain,’’ katanya.