Search This Blog

Tuesday, January 12, 2016

Rugi RM50,000 stor dipecah masuk

Bahau: Peniaga minuman keras kerugian RM50,000 selepas stor simpanan itu dipecah masuk sekumpulan penjenayah, semalam.
Difahamkan, kejadian itu disedari pemiliknya kira-kira 10.30 pagi itu, ketika mahu memeriksa stok simpanan di stor berkenaan yang terletak di Taman ACBE, di sini.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, pemilik premis berusia 50-an terbabit terkejut apabila mendapati pintu belakang stor berkenaan terbuka.
"Dia mendapati beberapa karton minuman keras pelbagai jenama bernilai RM50,000 hilang disyaki dilarikan. Lelaki itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Bahau untuk tindakan lanjut.
"Sepasukan polis ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan menemui sebotol minuman keras yang sudah dibuka dipercayai diminum suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini, hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 7:46 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106504#sthash.pq0bwZ18.dpuf

No comments:

Post a Comment