Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

Remaja maut kereta rempuh tembok

Segamat: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan lalu merempuh tembok sebuah bangunan dalam kejadian di persimpangan Jalan Tahan Rimau -Jalan Buloh Kasap di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, kejadian jam 6.20 pagi itu mengakibatkan mangsa T Vellu maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan muka.
Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa memandu kenderaan itu berseorangan diri dan melanggar tembok berdekatan sebuah premis insurans.
“Kereta dipandu mangsa dipercayai menuju ke arah bandar Segamat sebelum hilang kawalan dan melanggar sebuah tembok bangunan di kawasan berhampiran.
“Kenderaan itu terbabas ke bahagian kaki lima premis terbabit mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada muka dan kepalanya,” katanya di temui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, di sini, semalam.
Katanya, kesan rempuhan itu turut mengakibatkan kenderaan berkenaan mengalami kerosakan teruk.
Menurutnya, saksi kejadian diminta menghubungi talian Unit Trafik IPD Segamat di talian 07-9325811 untuk membantu siasatan kes terbabit.
Katanya, kes kemalangan maut itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 9:00 AM


KEADAAN kereta mangsa selepas terbabas dan melanggar tembok sebuah premis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106884#sthash.KLab7uTw.dpuf

No comments:

Post a Comment