Search This Blog

Tuesday, January 12, 2016

Rakyat asing bermasalah

Cologne: Pihak berkuasa Jerman semalam berkata, hampir semua suspek dalam serangan ganas terhadap wanita pada malam Tahun Baru lalu di sini adalah ‘orang asing.’
Menteri dalam negeri North Rhine-Westphalia, Ralf Jaeger mengumumkan hasil siasatan awal kejadian itu, sekali gus memberi tekanan terhadap Canselor Angela Merkel mengenai pendirian liberalnya terhadap kehadiran pelarian dan pendatang di negara itu.
“Kenyataan saksi dan laporan polis tempatan serta bukti yang diperoleh polis persekutuan menunjukkan hampir semua yang terbabit dalam jenayah pada malam Tahun Baru itu warga asing,” katanya.
Walaupun belum ada pendakwaan rasmi dilakukan, Jaeger berkata, penyerang terdiri daripada lebih 1,000 lelaki ‘Arab dan utara Afrika’ yang berkumpul di antara stesen kereta api utama dan gereja ikonik Gothic di bandar Cologne ketika sambutan perayaan Tahun Baru.
Ketika kebimbangan semakin meningkat mengenai serangan balas daripada kumpulan antipendatang, polis berkata, sekumpulan perusuh menyerang enam rakyat Pakistan, dua daripada mereka terpaksa dimasukkan ke hospital, kelmarin.
Tidak lama selepas itu, lima penyerang tidak dikenali menyerang seorang warga Syria berusia 39 tahun. Bagaimanapun, dia hanya cedera ringan.
Dalam menghadapi kemarahan penduduk tempatan, Angela mengambil pendirian tegas terhadap pelarian yang didapati bersalah dan memberi isyarat akan menyokong langkah melonggarkan syarat untuk mengusir mereka.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 11:30 AM


PENYOKONG kumpulan antipendatang, Rakyat Patriotik Eropah Menentang Islamisasi Barat (PEGIDA) berarak dengan membawa pelbagai versi bendera Perang Penjajahan ketika menunjuk perasaan membantah serangan ganas ke atas wanita di Cologne, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106685#sthash.ZG0M2Ba9.dpuf

No comments:

Post a Comment