Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

Polis tahan lelaki disyaki bunuh isteri


13 Januari 2016 12:15 PM

KINABATANGAN 13 Jan. - Lelaki yang disyaki membunuh bekas isteri dan anak tirinya berjaya ditahan ketika bersembunyi di kawasan Ladang Kelapa Sawit Permodalan 1 IOI di Sukau, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintenden A. Sahak Rahmat berkata, lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun itu ditahan dalam operasi dijalankan polis dengan bantuan pekerja ladang pada pukul 3.15 petang.
Katanya, lelaki itu dipercayai bersembunyi di ladang kelapa sawit berkenaan selepas menikam bekas isteri dan anak tirinya di rumah pekerja ladang tersebut kelmarin.
Dalam kejadian itu, suspek disyaki menikam bekas isterinya yang berusia 39 tahun dan anak tiri lelakinya berusia 24 tahun ketika kedua-dua mangsa sedang tidur di rumah pekerja ladang. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-tahan-lelaki-disyaki-bunuh-isteri-1.179218#sthash.gwEAecBX.dpuf

No comments:

Post a Comment