Search This Blog

Saturday, January 23, 2016

Polis Melaka rampas ‎dadah bernilai RM70,000

Polis Melaka rampas ‎dadah bernilai RM70,000

22 JANUARI 2016

 MELAKA - Polis Melaka menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas dadah bernilai kira-kira RM70,000 di sebuah‎ kondominium di Klebang di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka, Superintendan Maidu Abu Bakar berkata,‎ suspek berusia 22 tahun itu pada mulanya dikesan berada di tempat parkir‎ kondominium berkenaan dan pemeriksaan menjumpai dua paket plastik disyaki heroin seberat 238.1 gram di dalam beg lelaki berkenaan pada pukul 4.45 petang.
Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, polis menjumpai 10 paket plastik‎ disyaki heroin kira-kira 1.8 gram, tujuh paket plastik disyaki berisi syabu seberat 533.7 gram di rumah sewa lelaki itu.
"Tangkapan lelaki yang berasal dari Melaka itu dilakukan atas maklumat orang awam dalam tempoh dua jam selepas risikan dilakukan pada hari tersebut.
Kita syaki lelaki yang tidak bekerja itu mengedar dadah berkenaan di‎ sekitar Melaka ini sejak dua bulan lepas dan juga dipercayai sebahagian daripada sindiket dadah ," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Maidu berkata, lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod‎ jenayah lampau dan ujian saringan urin ke atasnya didapati negatif dadah.
Beliau berkata, polis turut merampas alat penimbang dan membungkus dadah serta sebuah motosikal kepunyaan suspek untuk siasatan lanjut.
Katanya lelaki berkenaan kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan - Bernam
a

No comments:

Post a Comment