Search This Blog

Tuesday, January 12, 2016

Polis India paksa pencuri makan lebih 40 biji pisang


MUMBAI – Polis India menggunakan taktik luar biasa dengan memaksa seorang pencuri makan lebih 40 biji pisang untuk mendapatkan semula seutas rantai emas yang ditelannya ketika dia dikejar anggota pasukan keselamatan itu.
Supek menafikan telah meragut barang kemas itu daripada seorang wanita di sebatang jalan di Mumbai bagi menyembunyikan jenayah yang dilakukannya pada minggu lalu tetapi ujian sinar-X membuktikan sebaliknya.
Polis memberinya minum julat untuk mengeluarkan barang kemas tersebut tetapi cara itu tidak berhasil.
Beberapa doktor kemudian mencadangkan pembedahan sebagai cara untuk mendapatkan semula rantai emas itu tetapi polis menolaknya kerana kos yang mahal. Pihak berkuasa itu sebaliknya memilih untuk menggunakan pisang.
“Lelaki itu dipaksa makan lebih 40 biji pisang sepanjang hari.
“Akhirnya rantai emas itu ditemui. Kami memaksanya mencuci barang kemas itu dengan cecair pembunuh kuman,” kata Inspektor Kanan, Shankar Dhanavade.
Menurut beberapa laporan, ini bukan kali pertama polis Mumbai menggunakan buah itu untuk mendapatkan semula barangan curi.
Pada April tahun lalu, seorang pencuri dipaksa makan 60 biji pisang selepas dia menelan seutas rantai emas dan loket.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3wyQDF1zR 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment