Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

Polis buru suspek samun viral di FB

Shah Alam: Enam lelaki berusia 20 tahun hingga 30 tahun direman bagi membantu siasatan beberapa kes samun dan ragut di Kajang, termasuk kes samun yang menjadi viral di laman sosial Facebook (FB) sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, semua suspek ditahan di sekitar Kajang dan Petaling Jaya hasil risikan serta maklumat awam.
“Pada masa sama, kami akan pertingkatkan rondaan di kawasan berkaitan selain mengadakan pertemuan dengan persatuan penduduk,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam.
Difahamkan, berkaitan kes terbabit, polis menerima tujuh laporan membabitkan tiga kejadian di Bandar Baru Bangi, dua di Bandar Seri Putra dan masing-masing satu kes di Desa Surada serta Sungai Ramal, Kajang.
Kegiatan suspek yang menyamun warga daerah berkenaan minggu lalu mula viral apabila orang ramai mengambil inisiatif menyebarkan maklumat mengenai kejadian supaya masyarakat lebih berhati-hati.
Dalam pada itu, Abdul Samah berkata, pihaknya memburu lima suspek yang terbabit dengan kes rompakan premis perkhidmatan pengiriman dan pengurupan wang berlesen di Dataran Mentari, Petaling Jaya, 8 Januari lalu.
Menurut beliau, dua daripadanya dikenal pasti namun pihaknya masih dalam proses melengkapkan siasatan kes berkenaan.
“Seorang suspek kini direman dan lima lagi diburu,” katanya.
Dalam kejadian jam 2 petang, seorang daripada suspek cedera di lutut selepas ditembak pengawal keselamatan premis berkenaan menggunakan senapang patah.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 8:40 AM


Abdul Samah (tengah), memerhatikan mantan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Selangor, SAC Datuk Hasanuddin Hassan (kiri) menyerahkan tugas pada Majlis Serah Terima Tugas di Auditorium IPK Selangor.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106864#sthash.FLcRIriq.dpuf

No comments:

Post a Comment